welcome to my world =)

Followers

Hamka - Penuntut Jiwa




Bangunlah tengah malam,
hai orang-orang yang merasa berdosa
Bukalah jendela dari rumahmu
Diwaktu alam hening dan diam,
sementara makhluk tenggelam dalam tidur
Engkau akan dapat berkata-kata
dan bersahut-sahutan mulut dengan Tuhanmu

Jiwamu akan mendengar seruanNya,
meskipun telingamu akan tetap pekak
Hatimu akan lihat tangannya melambai,
meskipun matamu tidak memandang
Serulah dia dengan merendahkan diri.

Badanmu diikat oleh duniamu,
oleh nafsu dan angkara murka
Kamu takkan lepas dari ikatan itu,
kalau tidak Dia yang melepaskan!
Suruhlah dia dengan hati yang rendah
dan kelemahan diri
Sudah berapa, ya, sudah berapa orang yang karam,
yang tenggelam, yang ditolongnya.

Ia telah turunkan ni'mat kepada segenap Alam,
ni'mat yang tak dapat dihitung
Tetapi selama ini kamu senantiasa lengah,
dalam kelalaian
Walaupun lautan bersalin rupa menjadi tinta
Dan kayu2 dirimba bertukar silih menjadi kalam
Semuanya takkan dapat melukiskan kebesaran
Kerajaan Allah
Tapi kamu telah lalai, kamu tidak pedulikan itu

Lihatlah bintang-bintang
dengan chahayanya yang berkelap-kelip
Dari Timur kelihatan bulan sabit
laksana menunggu giliran
Mereka se-akan2 tersenyum melihat keadaan alam
Didalam kenyataan senyuman mereka,
hendaklah kamu karam dalam tangismu
Oh, sahabat, oh, handai,
mohonkanlah ampunan dan taubat dari Tuhanmu!

Rasai angin malam yang sepoi-sepoi basah
Dengarkan bunyi jangkerik
ditepi dinding rumahmu
Keheningan malam dipechah oleh
suara katak disawah
Ikutlah serta dengan mereka,
uchapkan doa kepada Tuhan dan pujian!
Ia Melihat..... Dan Iapun Maha Tahu!

Lihat kayu-kayuan dengan bayangannya yang hitam
Ia berdiri dengan teguhnya laksana orang ronda malam
Ia berdiri, bertahun-tahun,
bermusim-musim menunggu titah
Tapi kamu beranjak dari satu tempat kelain tempat
Dari satu negeri kelain negeri
dengan sombong dan angkuhmu
Tadahkanlah tanganmu, sesalilah kelalaianmu!

Lihat dan perhatikanlah Matahari telah terbit
Fajar telah membayang dari sebelah Timur
Dari punchak menara yang jauh
Ia menyeru kamu kepada perdamaian
Ia menyuruh kamu menghadapkan muka
kepada Allah
Bersegeralah sembahyang
dan tuntutlah kemenangan
LA ILAHA ILLAL LAH!.....

like2 taw !

Ya Allah :'(

Assalamualaikum w.b.t.. Now see me again in new entry for today..Entah lah saat hati ni resah , gelisah, sedih, kecewa, HOMESICK and what ever kat sini jugak rasa tangan ini laju nak mencoretkan rasa ini.. 

Ya Allahh.. Kau kuatkanlah aku untuk menghadapi segala dugaan ni.. Aku rasa sangat lemah saat sekarang.. Mungkin sebab aku terlalu leka.Ya Allah andai dah tertulis semua takdir di atas sana dia untukku kau simpanlah hatinya untukku.. Sesungguhnya aku sangat berharapa pada dirimu.. :(

like2 taw !

My Coursemate :)

  Assalamualaikum w.b.t dan bismilahirahmanirahim. Entri hari ni berkaitan dengan my new coursemate.. Alhamdulillah dah selesai seminggu mengharungi hidup sebagai seorang siswi di sini.. Agak menyeronokkan sebab jumpa kawan kawan baru dari serata negeri..hahaha... Paling menyeronokkan sebab depa pakat duk nak cakap utara..Mau taknya banyak kawan kawan ceq mai dari Johor, Selangor, Pahang, Perak dan so on..wah wah.. cakap dengan depa bukan aku ke selatan tapi masih menggunakan loghat utaqa ni haa..hahaha.. Im Proud to be Utarians.ahahahaha.. :D

Apa pun dimana kita berasal berbanggalah..Lain negeri lain cara loghatnya lain jugak cara hidupnya.. Banyak perkataan perkataan baru yang diajar oleh housemate ni haa dari Terengganu lah kelantanlah.. Liuk lah apalah..hahahah.. apa pun it was totally fun ! Superb !  Yalah selama ni selalu seklah dekat utara saja bila dah kena campak dekat sini baru lah terasa best cara orang orang yang dekat Malaysia yang berbagai bagai loghatnya..wewit..

Ramai kata nanti balik Penang cakap Keyel lah..Hahahaha.. Aku rasa dak dah.. Masih lagi menggunakan Loghat Penan..Ingat senang kah nak tiru haa ?
cer try tengok ??? :P
 
Teringat seorang kawan aku dari selangor suka sangat sebut " seqiau " hahahaha...sekali kilat mai dia pun sebutlah "Seqiau" Yang bebudak kedah semua pakat duk gelak habis..Kesian dekat dia..Takpa tak salah kita nak belajar tapi kekadang benda cemtu jadi fun jugak kan ? tak lah streess sangat nak belajar.. Apa pun dimana bumi berpijak disitu langit dijunjung.. Semoga Allah bersama kita.Insha Allah :)

Meet my neww friends.. Qinah..Amal,Filzah,Nadia, Haifa , Hana :)




like2 taw !

Nervous

 Assalamualaikum.. :)
Mesti tertanye tanye kan ? apalah yang nervous ni..HAHAHA..
First of all today gonna be a new day for me as a student okay more to university student -_-

Truly im so nervous..Mau taknya dalam Tamhidi Perakaunan dah 200 lebih orang.. Selalu saja terlintas dalam pikiran " Can I beat them? '' Semua yang datang nampak hebat hebat belaka..wuwuwu...~
takut oo.. Nasib class hari ni start pukul 12.. So bangun awal buat persedian awal mental dan fizikal taklah takuit sangat :D

Apa pun sebelum ke kelas perbetulkan niat beljar kerana apa.. Dimana kita beljar itu tak penting tapi yang penting semangat dan tekad untuk berjaya yang kuat.. Semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkah yang kita atur untuk memperolehi ilmunya.. Kerana hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu :)

may everything gonna be okay *peace*


like2 taw !

Its All About new thing :))


Bismillahirahmanirahim.. Segala pujian dan kesyukuran ku panjatkan kepada Allah.S.w.t.. Dengan berkat rezeki yang dilimpahkan kepada diri yang lemah ini akhirnya dapat jugak kaki ini melangkah ke menara gading di Universiti Sains Islam Malaysia.. Alhamdulillah syukur dan syukur kepada-Nya..

 Melangkahnya kaki ini disini ku dapat rasakan yang betapa diri ini amat amat lemah dan tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan orang lain dekat sini. Yah semuanya membawa identiti sendiri..begitu jugak dengan diriku ini..lain orang lain identitinya kan ? :) Macam macam gaya ada ada yang tinggi rendah kurus gemuk..Eh ? bukan bukan.. lain dari pembawaaan diri merekalah..hahaha..

Alhamdulillah sekali lagi saya dipertemukan dengan sahabat2 housemate yang pada hemat saya baik baik belaka..Ada dari kelantan ada dari terengganu ada dari Selangor tak kurang jugak ada dari Perak.. Hmm :) Nampaknya kat sini aku sorang jelah yang cakap utaqa -_-
 
Apa pun hidup kat sini memang sangat adventure masing masing kena pandai jaga diri sendiri.. Kuatkan iman sesama.. Jangan mudah jatuh dengan nafsu itu semua godaan syaitan yang sentiasa merancang hendak menjatuhkan anak cucu Adam. Mari kita berdoa kepada Allah s.w.t moga DIA menjaga iman kita Insha Allah :) 


Ahalan Wasahlan Usim :)


like2 taw !

Take care :'(

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk menulis didalam entri yang ku kira yang terakhir sebelum saya meneruskan perjalanan merentasi LebuhRaya Utara Selatan ke 
Bandar Baru Nilai,Negeri Sembilan

Dan alhamdulillah jugak buat si dia di bumi Perak sana.. Bermulalah fasa baru dalam hubungan ini setelah lima tahun kita bersama menuntut ilmu bersama sama di bumi Al-Irshad..
Tapi kali ini telah dituliskan kepada kita satu takdir yang membawa kita ke haluan yang berbeza.. Walau sama sama di Selatan tapi diriku lagi jauh nun ke sana.. 
 Takpa..saya percaya Allah dah tetapkan sesuatu yang baik didalam setiap perancangan yang telah ditulis..Kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu...

Jarak ini diharapkan bukan menjadi penghalang untuk kita terus mempertahankan hubungan yang sekian lama dibina ini.. Aku percaya Allah jaga kamu..Allah jaga hati kamu.. Allah pelihara iman kamu.. Allah pelihara solat kamu.. Insha Allah apa yang ditulis dan ditakdirkan ini akan mengkuatkan hubungan ini.. Semoga dirimu terus dipeelihara...Assalamualaikum :)





like2 taw !

Bahang PRU 13

Assalamualaikum semua ... Apa khabar sihat ? Yah di petang hari yang tengah hujan ni tiba terasa nak update tentang PRU yang baru jaa diumumkan semalam..What ? PRU tu apa ? PRU is actually standing for PILIHAN RAYA UMUM
 Got it ? Orite :)

Kemenangan kali ni masih lagi berpihak pada Barisan Nasional..For me lah kan siapa saja yang jadi goverment ni tak kisah asalkan pentadbiran kita baik.. Hak rakyat dijaga.. Bukan dengan cara buat demokrasi jalanan or what..Kita kena ingat apa yang Allah tulis tu pasti ada yang terbaik..Ya saya percaya laman sosial pada hari ini memainkan banyak peranan dalam meransang minda anak anak muda yang pada masa sekarang masih belum dapat mengundi tapi mereka sudah mempunyai hala tuju dan pilihan mereka tersendiri tapi kita kena gunakan laman sosial itu bukan tempat untuk memaki hmun atau nak mencarut semua..Ingat kita orang islam..Bawa personaliti islam itu penting..Kita tengok kejayaan DAP tak perlu pun mereka nak memaki hamun macam kita ?Mereka memperoleh kejayaan tanpa perlu nak menindas sesama mereka.. Kita orang islam ..Kita pernah terfikir tak kalau Rasullullah tegok masyarakat islam pada hari ini saling berbalah sedangkan umat lain sedang bergembira memperoleh kejayaan..Fikirkan jangan kerana politik kita gadaikan personaliti islam..Tak salah nak berkempen tapi jadikan Islam itu yang pertama..Sekadar perkongsian bersama..Untuk teguran..Minta maaf andai terkasar bahasa.. 

like2 taw !