Bismillahirahmanirahim.. Segala pujian dan kesyukuran ku panjatkan kepada Allah.S.w.t.. Dengan berkat rezeki yang dilimpahkan kepada diri yang lemah ini akhirnya dapat jugak kaki ini melangkah ke menara gading di Universiti Sains Islam Malaysia.. Alhamdulillah syukur dan syukur kepada-Nya..
Melangkahnya kaki ini disini ku dapat rasakan yang betapa diri ini amat amat lemah dan tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan orang lain dekat sini. Yah semuanya membawa identiti sendiri..begitu jugak dengan diriku ini..lain orang lain identitinya kan ? :) Macam macam gaya ada ada yang tinggi rendah kurus gemuk..Eh ? bukan bukan.. lain dari pembawaaan diri merekalah..hahaha..
Alhamdulillah sekali lagi saya dipertemukan dengan sahabat2 housemate yang pada hemat saya baik baik belaka..Ada dari kelantan ada dari terengganu ada dari Selangor tak kurang jugak ada dari Perak.. Hmm :) Nampaknya kat sini aku sorang jelah yang cakap utaqa -_-
Apa pun hidup kat sini memang sangat adventure masing masing kena pandai jaga diri sendiri.. Kuatkan iman sesama.. Jangan mudah jatuh dengan nafsu itu semua godaan syaitan yang sentiasa merancang hendak menjatuhkan anak cucu Adam. Mari kita berdoa kepada Allah s.w.t moga DIA menjaga iman kita Insha Allah :)
Ahalan Wasahlan Usim :)
No comments:
Post a Comment
Sila like jika anda suka